Jeffrey Webb

Jeffrey Webb (lahir 27 Oktober 1998) ialah seorang pelumba ski alp Malaysia.[1]Beliau bertanding untuk Malaysia pada Sukan Musim Sejuk Asia 2017 di Sapporo, Jepun.[2] Ini adalah kali pertama Malaysia menyertai acara ski alp dalam Sukan Musim Sejuk Asia.[3][4] Beliau juga telah bertanding dalam pelbagai kejohanan dan perlumbaan di seluruh Amerika Utara.[5]Beliau mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.[6][7] Beliau merupakan salah seorang rakyat Malaysia pertama yang menyertai Olimpik Musim Sejuk,[8] bersama-sama Julian Yee.[9]Beliau akan bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China di bawah bendera Malaysia bersama Aruwin Salehhuddin, yang juga bertanding dalam ski alp. Kedua-dua mereka juga merupakan pembawa bendera Malaysia.

Jeffrey Webb

Lahir (1998-10-27) 27 Oktober 1998 (umur 23)
Selangor, Malaysia
Kelab MRST
Pasukan 1 – 2018
Disiplin Slalom, Giant slalom
Ketinggian 5kaki 8inci